01 December 2015

Carta

Ada saaaaangat banyak perkara yang saya suka.
Tapi nampaknya, kamu mendahului carta.

Selamat malam yang disana :)

27 November 2015

Sederhana

Hujan Bulan Juni - Sapardi Djoko Damono
Seringkali yang berlebihan itu lebih sakit lukanya dan dalam tusuknya dari yang sederhana.

Sederhana tidak bermakna berkurang, sederhana itu lebih kepada kau tahu dimana letaknya jejak.

Kau tahu hidupmu masih bisa aman dengan hanya melihat cintamu berlalu dan bahagia bukan disisimu.

Itu sederhana.
Yang aku tahu.


Permanently

KLIA, 2015
Saat kaki ku bawa kesana kemari
Hatiku masih setia disini.

Terus berdoa yang baik baik buat kita. Tiada henti.

Barangkali suatu saat kita tidak akan bertemu lagi.
Lalu yang tertinggal buat kita adalah kisah semalam yang mengajar kita menjadi orang.

Nanti kelak kita dewasa, bakal kita kisahkan kepada anak anak kita;
'Dialah sahabat yang dahulu sering meyakinkan emak bahawa tiada yang dapat menghalang setiap keinginan, setiap kemahuan - selain Tuhan!'







Fana

Pulau Pinang, 2014
Jika yang fana tak menyatukan kita, semoga yang abadi mempertemukan kita.

Kerana cinta bukan sekadar melepas status didunia;
melainkan menyambung hati sampai ke syurga.

{Nanda}







Rindu


Melaka, 2014
Aku mampu memandangimu dari kejauhan tanpa pernah berhenti mendoakan.
Aku juga mampu menjadi rumah untukmu, menunggumu yang tak tahu arah pulang.
Sungguh aku mampu merindukanmu tanpa batas waktu, tanpa sedikit pun alasan.
Untukmu, aku mampu.

Kerana sayangku, kau pantas dengan semua pengorbanan.

{Fiersa}



21 November 2015

Tuhan dan Kita

Universiti Malaya, 2007
Tidurlah, kasih.
Kusisipkan zikir di sayap para malaikat.
Kelak dia menyapu mukamu dengan mimpi.
Esok sang pemegang api akan terbakar.
Oleh doa si miskin seperti kita!

Semoga mimpi mu tersisip aku didalamnya. 
Seperti kau sentiasa ada sebagai figur yang rajin membaca di alam ku yang maya. 

17 November 2015

Gelombang

Gunung Jerai, 2012
Aku ingin mendengar suaramu tanpa batas gelombang.
Melihat gerak matamu, senyum tawamu dan kelak, garis garis usia mu.

Malah seluruhnya tentangmu yang masih belum sempat kukenal

tanpa ada satu pun yang tertinggal.

Ingin kurakamnya dan menyimpan indah di pustaka jiwa,
sebelum kita kembali ke negeri abadi.

Allahku,
andai rasa ini benar.. berilah kami ruang waktu yang izin.




16 November 2015

Malam ini

Tanjung Bungah, 2010

Saat awan telah menjingga di hujung senja,
Kasih ku padamu masih terus mekar memerah tiada pudarnya.

Barangkali kau tidak akan percaya.
Atau juga, barangkali aku bakal kehabisan bicara untuk membuat mu mendengar kata kata indah.

Namun, Tuhan lah saksi segala.
Bahawa ruangan doa buatmu tidak pernah bersisa. Sentiasa sarat dan penuh dengan kasih dan cinta.

15 November 2015

Pergi

Tanjung Bungah, 2010
Dan kau pun pergi seperti awan yang tidak pernah kembali.

Sudah aku maklumkan kepada hati.
Aku tak lagi akan mengimbau hatta namamu pabila kurasa bukan aku yang ingin kau bawa mengembara ke negeri hatimu.

Tuhan, ampunkan seluruh alpaku selama ini.

Walaupun awan yang berlalu kadang melintas lagi dengan membawa rombongan air yang amat sejuk tatkala menyentuh hati kita, tapi dia bukan awan yang itu.

Dia awan yang telah pergi kerana berusaha untuk pergi...

Hati manusia sama sahaja. Tak kira pangkat atau darjah.
Justeru sakit dan bahagia itu subjektif.



14 November 2015

Sayang Si Bunga

Pantai Dalam, 2007
Peribadi wanita itu, bilamana dia mampu menyimpan kemas rahsia hati, nama itu biar terindah dalam sanubarinya.

Lalu mereka berkata keras padaku: 'Jangan dibiarkan ia rahsia! Kelak piala jiwa itu akan hilang di alam bunian'

Lantas aku menjawab: 'Biarlah hilang.
Jika itu boleh memberi kebahagiaan kepada banyak jiwa'

Namun, seuntai rasa yang terlukis di piala jiwa harus kuhapus ronanya.

Begitukah mahumu, kasih?

Mudahan Tuhan meringankan beban rinduku pada orang yang aku sayang meski jauh atau dekat yang terpisah