28 October 2015

Dokte Lev Pt. 2

Assalamualaikum saudari mia, semoga sihat2 aja ya...

Begini, saya spt tertarik ingin tahu,  bukan menyibuk ya, tentang post saudari berkenaan "2010" rasanya. Berkaitan jodoh gitu. Apa saudari masih berhubungan dengan laki-laki itu?

Maaf, saya ini jenis yang akan coba sedaya upaya menasihatkan  mana2 perempuan yang tetap melayan sama ada sms, call atau apa aja dari laki-laki yang sudah berumahtangga.

Apa saudari setuju jika saya katakan bahawa laki-laki yang sudah nikah itu jika masih tidak keberatan berhubungan dengan wanita lain selain isterinya adalah lelaki yang kurang baik. Lihat aja kelakuannya, andai saudari juga pernah rasakan begitu.

Tujuan msg ini bukan apa-apa ya, cuma ingin tahu aja. Mohon maaf terlebih dulu andai msg ini buat saudari mia tidak senang.

Pastikan kita yang pertama dan bukannya kedua, ketiga atau ketempat. Ini prinsip saya saudari mia.

Oh ya, saya juga ingin mohon maaf kerna tidak dapat balas msg saudari mia 4 bulan yang lalu.

===

Jawapan Dokte Lev:

1) Post '2010'.. berkaitan jodoh - post in bukan pengalaman peribadi. Ia adalah pengalaman kawan. Dan benar, ia berkenaan jodoh.

2) Apa saya masih berhubung sama laki laki itu? - saya tak kenal pun lelaki tu kerana ini bukan kisah saya (rujuk #1)

3) Berusaha untuk sedaya upaya menasihati mana mana perempuan yang tetap melayan lelaki yg telah berumahtangga - tahniah Nawwaf! 

3) Lelaki yang sudah menikah tetapi masih berhubungan dengan wanita lain selain isterinya adalah lelaki kurang baik - saya setuju. 

4) Pastikan kita yang pertama dan bukannya kedua, ketiga atau keempat - saya setuju. 

5) Of responding to my msg from 4 months back - sokkay. No big deal. 

Nawwaf, saya sangat berbangga ada seorang kawan seperti kamu yang sangat besar jiwanya sehingga mampu sebolehnya menasihati sedemikian rupa. Wallahi, saya pun pernah begitu. Begitu ingin melindungi teman teman agar tidak menyakiti sesiapa. 

Tapi percayalah Nawwaf, jodoh itu adalah rahsia Tuhan yang sangat kompleks. 

Saya tidak pasti samada Nawwaf sudah bernikah atau belum dan saya tidak tahu berapa umur Nawwaf.

Saya belum bernikah, berusia 30 tahun dan alhamdulillah saya dikelilingi oleh rakan rakan dari pelbagai latar. Dan saya mendewasa melalui pengalaman rakan rakan yang mashaAllah sungguh luar biasa. 

As I grow older... saya belajar dengan melihat bahawa perancangan Tuhan itu pastinya yang terbaik dan ada kalanya tidak seperti yang kita rancang. 

Kita pasti menginginkan yang terbaik utk teman teman dan diri sendiri tapi ketahuilah bahawa Tuhan lah yang menyimpan segala kebaikan itu.

Saya pernah melihat rakan rakan yang sangat baik akhlak dan agamanya.. tetapi akhirnya berjodoh dengan seorang lelaki yang telah beristeri. Dan kehidupan mereka baik baik saja alhamdulillah.

Dan saya juga pernah melihat rakan rakan yang sangat tidak boleh menerima bahawa suaminya tertarik hati pada wanita lain, dan akhirnya suami tersebut bernikah tanpa kerelaannya.

Nasihat saya, bila ada rakan yang bercerita pada kita.. dan ternyata dia berkawan dengan lelaki yang telah berumahtangga, jangan terus melatah. Ada sebab mengapa mereka meluahkan rasa pada kita.

Percayalah, adalah sangat aneh bila ada perempuan yang ingin menjadi orang kedua. Sebolehnya, semua pun ingin menjadi yang pertama dan terakhir. 

Oleh itu, kita kena selalu percaya bahawa perancangan Tuhan itu sentiasa melangkau jangkaan kita.

Sekiranya kita tahu bahawa kehidupan ini tidak hanya terkepung oleh rumahtangga semata, poligami (if I may) bukanlah sebuah masalah buat kita.

Saya pernah menasihatkan rakan yang menghadapi masalah rumah tangga kerana berjauhan dengan suami lebih kurang begini - kita kena selalu ingat bahawa kehidupan kita ini semata mata untuk Allah. Semata mata. Bukan untuk suami, bukan untuk anak anak, bukan untuk parents. Tapi untuk Allah. Berbuat baik kepada suami bukan sebab suami tu suami.. tapi sebab kita tahu Tuhan akan lebih mengasihi kita kalau kita berbuat baik kepada suami dan anak anak. Bahkan... suami dan anak anak boleh saja suatu saat menjadi lupa dan meninggalkan kita. Maka, ibu ayah lah yang utama untuk kita jaga dan pelihara hatinya kerana sebanyak mana suami dan anak mendoakan kita.. lebih banyak lagi ibu ayah mendoakan kita.

Tapi demi Tuhan, manusia itu sifat nya berubah ubah. Saya tidak jamin paradigm saya akan sentiasa kekal begini. Sedangkan hati itu sifatnya berbolak balik.

Cuma saya hanya mampu bermohon kepada Tuhan agar sentiasa memelihara hati saya dari sebarang kemaksiatan dan keterlanjuran dan mudah mudahan apabila tiba masa saya kelak.. saya tidak akan menyakiti sesiapa pun dan mudah mudahan dikurniakan sakeenah, mawaddah dan rahmah hingga ke syurga inshaAllah.

InshaAllah hujung tahun ni saya akan ke Jakarta lagi. Kalau free, marilah berjumpa. Saya masih mahu pergi ke toko buku bersama kamu.

Nawwaf, sedangkan hati kita sendiri pun Tuhan yang punya, lalu siapalah kita untuk menafikan setiap ujian yang Dia lontar ke hati tiap manusia.

Apa yang kita boleh lakukan hanya berdoa mudah mudahan kita sentiasa mendapat kebaikan dan memberikan kebaikan di dunia dan di akhirat inshaAllah. 

Allahu ta'ala 'alam.
Allahu ta'ala 'alam.
Allahu ta'ala 'alam.

Selamat malam Nawwaf. Assalamu'alaikum wbt.

Teman mu, 
Mia 😊

No comments: