23 June 2021

Cinta, Mia

mencintai tanpa balas
mencintai tanpa belas

kedua-duanya ikhlas. tapi berbekas.

barangkali Tuhan mahu kita sedar
bahawa cinta itu tidak selalunya indah
seperti yang dijaja di social media

Tuhanku,
Terima kasih atas nikmat yang Maha Besar yang telah Kau kurnia padaku.

Semoga cintaku pada mereka tidak melebihi dari cintaku pada Mu duhai Tuhan.
Dan semoga tidak Kau jadikan cintaku pada mereka sebagai ujian yang tidak mampu ku tanggung saat mereka Kau ambil dariku.

Aaamin.

Selamat pagi.

p/s: Jarak hanya dipisah langkah, tapi rindu bukan biasa biasa. Aneh.


Penuh cinta,
Mia
Putrajaya

No comments: