09 November 2010

Bila kau datang di dalam mimpi

*** Ini entry copied dan pasted dari Facebook (with some minor editing involved). Hari ini aku rasa rindu pada Marcell. Maka aku teringat pada tulisan silam aku ini. Oh... hmmm..

========== 23 Julai 2010

Engkau tahu tidak betapa tingginya kecintaan aku terhadap Marcell ini? oke.. ianya adalah tinggi. Aku sukak dia dari jaman rambut dia afro.. teda sapa kenan, budak skola pun takenal.. sampaila sekarang dia sudah ya ampun hawwtt kena geget meja okeyh! hahahaha..

Kau tahu tidak dia sudah menikah dgn Rima Melati Adam - Singaporean - itu? tidak.. aku tidak frust. Sebab motto aku adalah, kau cinta someone, kau hendak tinguk dia happy saja.. Maka melihat dia gumbira dgn Rima, turut membuat hatiku bahagia. ecewah (sumpah kau akan menyesal sebab takawen sama aku Marcell! sumpah! hahaha)

Oke.. dalam perkahwinan mereka ni, ada isu sensetep didalam nya yang aku tasuka hendak sebut. Yang penting, aku hendak cerita pasal mimpi! mimpi! mimpi!

So, kiranya i was like pergi picnic dengan marini. we went to this one nice beach. sunyi saja. Tiba tiba Marcell datang.. Macham kawan lama; jenis yg kao pandang dia, kao senyum ja.. tatekinja kinja pun. hihi..

Kemudian dia datang duduk dekat aku.. perlahan lahan dia bisik ini padaku,
aku kini percaya Tuhan itu satu,
dan Tuhan itu Maha Pemberi ampun.

dan kini aku siap,
aku hendak sujud kepadaNYA
dan patuh kepada segala perintah dan laranganNYA
dan beramal dengan apa yang dibawa oleh kekasihNYA.
aku terus menangis.. dan selepas tu, terus ada scene macham dalam ayat ayat cinta yang Fahri dikasi kawen sama Aishah. hahaha.. Tapi bukan menikah. rupanya Marcell kembali kepada Islam. gila aku nangis weyh!

aku ingat lagi haritu aku argue ngan Rahmat pasal Marcell ini. aku tahu apa yg aku cuba hendak bawa itu tabenar.. lalu slowly aku sebut begini,
Aku cinta Marcell.
Hak ah aku cinta dia.
Tapi...
cintaku pada Tuhan besar lagi.
Aku mendoakan Marcell akan mendapat hidayah dan segera kembali kepada fitrahnya karena aku dengar dengar dan aku tahu dia adalah seorang penganut Buddha yang baik.

lepastu terus kuar lagu background TAK TERGANTI! (ceh tak ah. ni aku saja tambah. hahaha)


***
Dan tadi..
baru disebentar tadi..
dia bertanya..

Jika kau bermimpi apa yang kau harapkan?

jawabku,

Aku menjadi makmummu, kasih...

Namun benarlah hanya kumimpi..
disekejapan tadi..

*****
|sleep|

No comments: