01 April 2013

Rezeki

Aku perasan satu perkara ni.

Akan tiba satu ketika
  dimana semua orang menjadi terlalu 'concern' tentang jodoh kau.
Bahkan terlebih risau dari kau sendiri merisauinya.

Jodoh itu rezeki.
Jodoh itu rezeki.
Jodoh itu rezeki.

Pernah dengar orang kata begini?
Kalau ada rezeki, adalah!
Aku sangat merasa bahuwa perihal jodoh 'applicable' untuknya.

Rezeki itu, datang dan pergi.
Terkait dengan cara kau urus diri.
Samada kau mahu berlapang dada atau bersusah hati.

Yang kau perlu percaya hanya satu,
Penjodoh rezeki hanya hanya hanya Ilahi.
Tak usah kau runsing memikir perkara yang belum pasti!

Kerana jodoh itu rezeki.
Kalau ada juga rezeki.
Kalau tiada juga rezeki.

Jangan dengki!!

=)

====

It's my 1st anniversary mashaAllah!!
Pada tarikh ini ditahun yang lalu, dunia seakan mengiyakan kehadiranku.
Seakan faham akan naluri hatiku.
Allah ku, terima kasih.
Setahun yang penuh onak, ranjau dan duri.
Tapi sebenarnya manisss sekali.
Perjalanan ini, sebuah kembara mengenal diri.
Sebuah kembara untuk memberi.
Sebuah kembara mengumpul bekal.
Untuk kelak bertemu Yang Abadi.
Hingga nanti.
AlhamduliLlah .


4 comments:

Along79 said...

Ajal, Maut, Jodoh adalah ketentuan Allah... tapi apa-apa pun kita perlu berusaha, salah satu usaha adalah dengan perbanyakan doa kepada Allah dan kalau dari segi lainnya mintalah mak ayah atau saudara mara tolong usahakan, itupun kalau rasa sudah bersedia utk alam rumah tangga, kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya dan lambat atau cepat jodoh kita pasti ada sebabnya, kerana Allah itu maha mengetahui kejadian hambanya... wallahualam...

The Freshie Beaute by Nikky said...

kamu dah kawen ke?? tatau punnnn

Salamiah Endut said...

nikky, kalau sampai satu ketika jodoh bertemu muka, kamu pasti antara yang menerima beritanya inshaALlah ^_^

The Freshie Beaute by Nikky said...

rindu sgt kat awak la mia~