20 September 2013

Rezeki vol. 2

'Jadi bila?' tanyanya.

'The next time i fall in love, i want to fall for someone who will make me feel that loving him is the greatest decision i have ever made.' 

Itu jawabku. 

Jawapan itu terilham dari satu pembacaan. Konsep itu kalau di belah belah barat mereka sebut the art of decision making. Kalau dalam Islam, kita ada satu konsep yang namanya istikharah.

Perihal jodoh ini, tidak akan sekalipun boleh dibuat main. Ia berkait soal aqidah. Ia bersamping soal syurga neraka. Ia berhubung rapat dengan pahala dan dosa. Ia bersambung juga hingga ibu ayah, sanak saudara. 

Mereka barangkali tidak tahu, atau buat buat tidak tahu. 

Tapi tidak mengapa. 
Aku biasa biasa saja. 
Saat gesaan diterima, senyum sajalahhh. 

Jodoh itu rahasia Allah.
Jodoh itu rahasia Allah. 

Faham tidak? Hehe



1 comment:

Muzze said...

Tambahan.

selain istikharah disertai jugak istisyarah

---
"Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu."

---
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

banyak pulak komen...sorry kak Mariba =)