07 January 2014

2014: Day 7

Sudah beberapa hari ini asyik membelek design ruang dapur yang mampu menambat selera. 

Konsep: Simple Minimalist.
Color: White and Light Wooden Brown.
Ruang: Tidak banyak kemasan dan Luas.

Dan dalam beberapa hari itu jugalah asyik bergentayangan pemikiran bahawa:
'Orang yang boleh bertukang adalah sangat cool kan?'

Saya ingat saya boleh bertukang. Tapi ternyata, pengalaman lalu menjelaskan bahawa saya adalah tidak.

(a) Ketika diminta untuk membuat kotak barangan kemas semasa kelas Kemahiran Hidup, saya lebih banyak berimaginasi dengan design yang akhirnya, kotaknya senget tidak boleh ditutup elok. Kalau tengok lukisan.. boleh tahan. Kalau dengar pembentangan.. perghhh!! boleh jual punya. sekali bila dah siap, hancur. hehe.

(b) Waktu mula sarjana, saya ada membeli kabinet baru. besar gila - 2 pintu! punya semangat hendak pasang sendiri yang bila orang Carrefour nak tolong pasang (sebab derang charge RM20. tak berbaloi! hehe), mentah mentah di tolak! apa yang jadi? 


  1. nak angkat naik tingkat atas (rumah 2 tingkat), terpaksa hire Naveen untuk tolong. 
  2. nak pasang sampai jadi, fatin yang kena siapkan. saya? duk tersengih memandang fatin buat penuh minat (last last, tertidur. esok pagi tengok ehhh.. dah siap!) hahaha

Kesimpulannya: diy-ers adalah super cool. nampak macam ownership dia kuat! 

---

Harini ini saya hendak mengingatkan kepada diri sendiri:


'Marina, manusia ini hatinya Tuhan yang jaga. Amalannya, tersimpan kemas antara Tuhan dan dia. Kalau semalam dia buat jahat, jangan nafikan kalau hari ini dia sudah jadi baik. Sedang diri kita sendiri pun kita tidak pasti esoknya macamana. Okayy?'



---


Dan, 
dengan segenap jiwaku, 
kupersembahkan untuk mu kawan, 
hanya untuk mu.

Kawan mu selalu,
Mia :D


1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih utk ini ;)