25 July 2014

Harapan

Kawan lama. Lelaki. Mesejnya begini pagi tadi; 
'Aku sakit hati. Tapi aku taknak wt benda bodoh. Dia xpatut beriya2 sampai mak abah aku ingat dia betul2 nak kahwin dengan aku. Nampak macam baik! Aku malu dekat mak abah, saudara mara semua.' 
Lama baru aku balas. Sibuk kunun.
'Bukan jodoh.' balas ku pendek.
Tadi, setelah tidak berapa sibuk sedikit.. baru ini ku balas
'Kalau betul mak abah yang kau bimbangkan, aku rasa kau sudah boleh berhenti risau andai kau tahu kau berada di pihak yang benar. Mak abah mana yang hendak lihat anak dia disakiti? Kalau saudara mara yang kau fikirkan, sampai bila pun kau akan terus makan hati. Tapi kalau hati kau yang dirunsingkan, kau kena terima hakikat yang benda ni memang sakit. Ada orang makan tahun baru sembuh. Ada yang sampai mati pun masih tak terubat. Cuma aku boleh nasihat, kau cubalah cari tengok mana mana ruang yang boleh bagi kau bersyukur kerana dia buat macam macam kat kau. Memang macam mustahil dan benda ni memang susah. Tapi kau kena cuba. Hanya kau yang boleh tolong diri sendiri. Kau jangan negative sangat. Entah dia pun tengah sempit dan tersepit sampai terpaksa ambil keputusan macamtu. Padan lah muka kau. Haritu dia ajak nikah kau main tarik tali. Dahla. Ni, kau balik kampung. Cerita dekat mak abah kau. Mereka akan faham inshaAllah.'
Jujur, i've seen things like these for few times already. It hurts seeing my friends getting hurt. And as much as i am hurt, trust me that the parents are even more suffering. And in fact, bila anak disakiti.. the parents will feel it even like double or triple their kids felt.

Girls and boys, please.. usah simpulkan harapan andai belum terlihat kenyataan. It's rude, immoral and sangat demotivating and worst.. you can really ruin ones life i kid you not.

And to those yang masih dalam fasa merawat hati sendiri, i pray to Allah may He will make it easy for you and He will ease your pain, dengan cepat dan menggantikan segala kesedihan itu dengan perkara yang jaaaaauh lebih baik inshaAllah.


Kawan, hanya satu pesanku. 
Jodoh itu rahsia Allah.
Ketika kita meminta seseorang kerana lima (5) perkara - agama, rupa, harta, keturunan dan kebijaksanaan - yang ada padanya, boleh jadi ada 100 orang lagi berdoa untuk meminta dia dari Allah swt.

Tapi... Allah sudah janji, memberi kita jodoh yang kita akan berasa aman dan bahagia bersamanya. Rumahtangga yang mempunyai mawaddah wa rohmah agar kita merasa apa itu sakinah. 

Saat saat begini.. saat kawan kawan meluah rasa siksa dan kecewa, hanya orang tua mereka yang aku terbayang. Sumpah aku paaaling tidak kuat bila diminta berdepan orang tua. Kita rasa kita sudah paling tersiksa. Tapi percayalah.. orang tua kita laaaagi kecewa melihat derita kita.

Semoga kelak bila masa ku tiba... aku tidak akan terpaksa memilih antara ibu ayah dan siapa pun dia. Biarlah semuanya harmoni saja.

Semoga kita semua akan berjumpa dengan jodoh kita. Dapat yang kita cintai itu adalah satu bonus! Tapi bila sudah kawin, terimalah pasangan kita seadanya. Oh cinta! Pastikan ia kerana Allah swt. Berdoalah. Akan Dia peluk semua. Faham tidak? :D

Dan dipenghujung bulan rahmat ini, semoga kita akan tidak pernah berhenti berdoa.. mudah mudahan segala kebaikan buat kita semua. :)

Chill lahh.. then only you can claim yourself as seorang berpengalaman. Masukkan dalam CV cepat! ^_^


3 comments:

Muzze said...

Kak Mariba..

Thanks for sharing ur thought. =)

Salamiah Endut said...

Hahaha.. MariBa. Madness la. I just couldn't stop grinning! kahkahkah. Wait until this 60days misery endss.. i'll come back even stronger! ghahaha

Muzze said...

Kak Mariba...kak Mariba...hahaha