03 June 2015

Selamat hari hari

Tadi junior tanya..
Kakak, tahun ini ada ciri tambahan tidak?
Ku jawab dengan penuh yakin..
Adalah satu dua. Tapi yang paling baru, boleh sembelih ayam. Barulah cool! Kalau dapat sembelih kambing atau lembu, cantik juga. Glemer sikit masa raya Haji!! 
Tanya nya lagi tidak puas hati..
Satu lagi?
Diam sebentar..
Kalau tidak dapat jadi imam 30 Juzuk dibulan Romadhon, jadi imam pagi Jumaat baca surah asSajadah pun jaaaaaaadilah. Paling kurang dia akan glemer dikalangan jemaah yang bangun subuh dan berjemaah di masjid!  
===

Aku tidak bakal bertanya kepada siang,
namamu.
Dalam sibak harum yang menggegar ruang,
aku berdiam di celahan pejam.
Tika hari memberi salam kepada waktu, aku mencarimu.
Imamku.
Tuhan, berikan kami sayap untuk terbang!

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aaalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.

Semoga bertemu apa yang dicari ^_^




No comments: