25 November 2013

Bahagia

BAHAGIA itu apa? Mereka selalu cakap pasal bahagia. Tolong jelaskan kepada saya.

Pesan berbentuk pertanyaan dalam inbox pagi ini. 

Pada aku, bahagia itu..

bila tengok nasi di pinggan yang menggiurkan saat kelaparan.
Atau melihat karipap terhidang di atas meja saat sarapan. 

Bahagia juga pabila kertas kerja yang dibuat diluluskan. 
Juga hati akan tenang damai pabila telah usai membayar segala bil dan sewa sebelum tarikh akhir ditetapkan 
waima membasuh kain yang berminggu tidak terurus. 
Apatah lagi dapat bercerita dengan emak tentang status pengajian yang hampir selesai.

Bahagia itu ukurannya ikut hati masing masing.
Kita cuma mahu mencari pelbagai makna 'kebahagiaan' kerana memang hati itu hak kita
tetapi 'rasa' itu hak Allah.

Jika mahu memberi tafsiran tepat, 
kita tak mampu kerana kebahagiaan itu bukan merah atau kuning seperti warna yang telah pasti ejaannya.

Kata orang tua, pabila Tuhan ada dalam hati, semua perkara dalam dunia itu tidak lagi perlu dikutip buat tajuk bicara apalagi fokus keinginan.
bahagia itu rahmat Allah yang diam dan tak pernah bersuara. 

Hidup tak perlu cari terlalu banyak makna. 
Janji selalu faham makna hidup beragama, kan?



No comments: