23 August 2014

Bab 21

Saraa, mungkin orang fikir kita selalu hidup bahagia. Mungkin mereka salah sangka. 

Hidup kita sebenarnya sangat menakjubkan, kerana kita selalu berusaha mensyukuri apapun yang kita punya. 

Tawa dan tangis adalah cara kita belajar untuk menjadi sepasang kekasih yang tulus menerima satu sama lainnya.

Saraa, kau adalah kekuatan ku. Kerana kau sentiasa meyakinkan aku bahawa selama mana kita adalah kita yang saling menongkat sesama sendiri, selama itulah kita akan sentiasa ketemu bahagia yang dicari.

Saraa, ku doakan semoga Tuhan akan sentiasa memeliharamu. Di dunia dan di akhirat.

Ikhlas,
Hassan
KLIA2 | 23/8/2014




No comments: