09 September 2014

Bab 17

'Behind every great man there is a great woman', 
balasku saat Saraa memuji kecekapanku membakar bahulu di rumah nenek.

Dia tersenyum dan mengambil duduk tidak jauh dariku.

Sambil dia cuba cuba menganyam ketupat, Saraa mula bersuara kembali.

'Hassan, aku rasa kata kata yang kau sebutkan tadi perlu sedikit pembaikan'

Aku mengangkat kepala. Mula memberi fokus.

'Kata-kata itu nampak indah bukan? Tapi sebenarnya menyimpan persoalan. Kenapa perempuan mesti selalu berada di belakang lelaki? Agak kau kan Hassan, boleh tidak ia berlaku sebaliknya? Lelaki yang hebat juga mesti mampu mendukung perempuannya menjadi luar biasa, kan?'

Aku makin terpesona dan tersenyum memandangnya.

'Jadi?' kataku.

'Jadi, bagi ku perkataan 'di belakang' boleh ditukar menjadi 'bersama'. 'Together'. Contohnya, memandangkan lelaki dan perempuan boleh sama sama menjadi sosok peribadi yang luar biasa bagi kehidupan masing masing, dan saling memberi makna, kedua duanya boleh berada di 'depan' tanpa ada salah satu pihak yang perlu dikorbankan untuk berada di 'belakang'', sambung Saraa penuh semangat.

'Hmm.. mungkin kita perlu kata kata yang baru', sambungku sambil tersenyum memandangnya.

'Iya, San! BERSAMA lelaki yang hebat, selalu ada perempuan yang luar biasa!'

'Dan mereka tumbuh bersama dan saling memberi makna. Saraa, mahu tumbuh bersama ku? '

'InshaAllah aku mahu, San. Aku tidak perlu perkara yang luar biasa. Selagimana kita punya sesama kita, spending nothing special is special enough. People might think that spending special occasions is special. But to me, spending everyday together is what i call special. As long as we have each other come rain or shine, inshaAllah we're gonna be jussssssst fine! Mudah mudahan kita akan membantu sesama kita menjadi luar biasa'



No comments: