29 September 2014

Kampungan

Suatu hari seorang kawan bercerita tentang selera isterinya yang buruk soal fashion. 
'Selera isteriku payah,'
katanya. Tidak cukup sampai di situ, ia masih memperpanjang keluhannya, 
'...Maklum lah orang kampung.' 
Tutupnya.

Diwaktu yang lain saya berjalan jalan dengan beberapa orang kawan. Di antara mereka ada yang merupakan sepasang suami isteri. Ketika kami memesan makanan, si isteri tersebut mentertawakan pilihan makanan suaminya, 
'Di restoran khas Eropah pun memesan nasi goreng?'
Katanya menyindir, 
'Selera kampungan jangan dibawa bawa...'
Dua peristiwa di atas nampak biasa saja bahkan sering terjadi di keseharian. Tapi ada yang dilupakan: Suami yang memburukkan selera isterinya lupa bahawa dia juga sebahagian dari selera sang isteri. Begitu juga sebaliknya, isteri yang mentertawakan selera suaminya sebenarnya sedang mentertawakan dirinya sendiri, yang 'terpilih' oleh suaminya. Jadi, masuk akal bukan mengapa isteri yang baik diperuntukkan untuk suami yang baik, begitu juga sebaliknya?

Orang kata, bukan saya kata.

p/s: Selamat ulang tahun Munira!



No comments: