06 September 2015

Jodoh berdua

Beginilah.. jodoh ini sungguh adalah rezeki.
Bila namanya rezeki, pastilah ia rahsia Tuhan yang paling dalam.

Jodoh bertemu kawan lama, itu rezeki.
Jodoh tak berpanjangan, pun rezeki. 

Terpulang kita ingin mentafsir insiden jodoh tersebut dari sudut mana.
Positif atau negatif, keduanya di tangan kita.

Jodoh ini sebenarnya apa?
Aku sendiri tidak mengerti.

Semoga kelak, sekiranya jodohku bakal ku temu di dunia, aku cuma berharap agar kami bisa sama sama tua dengan saling berbagi pandangan tentang apa saja.

Sambil baring begini, anak anak semua sudah tidur.. kami berdua berbual tentang aktiviti seharian kami, tentang anak anak, tentang masalah negara, masalah umat dan masalah dunia.

Di akhirnya kami akan sama sama berdoa semoga anak anak kami bakal membawa kebaikan kepada dunia seisinya.

Dan kami saling berjanji bahawa selagimana kami punya satu sama lain.. kami akan baik baik saja.

Hidup yang sederhana, tapi syurga dunia. Hanya kami anak beranak yang rasa :) 

Selamat malam.
Bismillah

Alor Setar, 2015



No comments: