08 June 2015

ALLAH ITU DEKAT, katanya

Aku pernah bertunang dua kali.

Sekali dengan lelaki yang agak berusia. Dia baik, tersanjung dan beragama. Putus. Selepas itu dia menikahi muridnya yang telah bersuami, maksudku perempuan itu bercerai dengan suaminya. Lepas itu mereka menikah.

Selang beberapa tahun, aku bertunang dengan lelaki yang tidak jauh beza usia denganku. Minat sama dan tak pernah bergaduh. Keluarga dia baik padaku. Tapi tak juga sampai ke jenjang pelamin. Dia menikahi bekas tunang yang tak direstui keluarganya.

Putus kali kedua aku rasa macam dunia nak kiamat. Waktu itulah. Tak ada perkataan yang boleh aku gambarkan. Kau boleh bayang sendiri. Malu, kasihan pada keluarga dan macam macam. Akupun fobia kepada lelaki bertahun tahun kerana bukan aku yang mulakan hubungan itu. Mereka yang datang meminta ikatan.

Sejak itu, keluarga tak lagi tanya pasal kahwin. Barangkali mereka sudah faham aku. Sekaranga ku tak lagi fikir pasal itu. Tak nak rapat dengan perempuan atau lelaki yang aku kurang tahu latar belakang mereka. Lelaki gatal tak sudah. Perempuan pula cemburu tak habis. Seolah olah mereka tak ada Tuhan.

Sekarang aku faham,  paling tidak aku jadi pemangkin untuk bekas tunang tunang aku kenal kehendak sebenar dia. Dan, aku faham takdi Allah. Kedua duanya bukan jodohku. Tak diciptakan lelaki untukku sehingga kini barangkali atau mungkin lelaki itu telah kembali ke Allah.

'Kau tak pernah jumpa depa lepas tu?'

Tunang yang pertama sekali. Jumpa dalam lif. Kami masing masing terkaku sampai tak tekan butang. Lama begitu, dia perasan agaknya baru dia tekan. Kasar. Macam marah. Aku selamba ja.

'Aikk... dia yang tinggal kau, patutnya dia rasa bersalah, kan?'

Takdir. Aku anggap gitu. Aku senang melihat mereka bahagia. Alhamdulillah, aku tahu ini ujian untukku. Aku tak mahu bertanya Tuhan terlalu banyak seperti masih banyak waktu yang aku alpa. Uji ini sangat kecil jika dibandingkan apa yang Allah bagi untukku. Allah itu sangat dekat dengan kita. Mustahil Dia menyiksa hambaNya yang naif macam kita. 

Kata Faizun. Perempuan yang sempurna di mataku. Kutemui di majlis majlis agama sejak setahun ini.

Nota: bila solatku, hidup dan mati diserahkan kepada Allah, tiada akan cela pekerjaanNya.




No comments: