25 September 2015

TGIF

Yushan : Sampai bila makcik nak dibonceng naik motor? Makcik dan pakcik dah tua sgt dah. Naik ja la kereta tu.

Makcik : Kau takkan faham. Makcik paling suka naik motor dengan pakcik kau. Sebab itu ja la waktu makcik dapat peluk dia dekat public.

p/s: preferences orang terhadap erti bahagia itu berbeza beza. Raikan sajalah keunikan frasa bahagia mereka. Kita takkan pernah tahu sedalam mana bahagia yang mereka rasa.. melainkan mereka bersudi hati mahu berkongsi dengan kita. Jadi.. sehingga kita mendapat penjelasan tu... bersangka yang baik baik sajalah. Tak rugi apa inshaAllah

Fefeeling bila tengok Solat Jumaat di Mekah.
Barangkali, dia sedang mendoakan aku dari sana.
Dari waktu wukuf di Arofah.
Sampai waktu dia solat Jumaat di depan Kaabah.
Siapa pun dia.. dimana latarnya..
Aku mahu selalu percaya
Yang kami saling berbalas doa.
Mudah mudahan iya
Mudah mudahan dia
=)



No comments: