05 October 2015

Dokte Lev Pt. 1

Patient : 
Saya nak tanya ni, kalau mak awak kata mak tak kisah siapa pun jodoh kamu, tp kalau utk teman kamu ini mak nak kamu fikir le lagi. Mia nak buat apa?


Dokte Lev : 
Saya tak faham soalan kamu.


Patient : 
Senarionya - Mia ada kekasih sekarang. Then plan nak kahwin. Peh tu tanya kat Mak, ok ke idak ni Mak. Mak jawab Kamu fikir le lagi Mia. Mia nak buat cemana?


Dokte Lev : 
1) saya akan sort out benda apa yang menyebabkan mak saya minta saya fikir semula. saya akan tanya mak saya faktor apa yang menyebabkan dia sukar menerima tersebut.
2) sekiranya saya telah terangkan pada emak saya bahawa saya telah beristikarah (memang konfem sudah istikharah la ni ceritanya ni) dan berat ke kekasih tetapi emak masih tidak dapat menerima dengan hati terbuka.. saya akan mula slow talk dengan kekasih tersebut.
3) Andai kata alasan emak tidak concrete contoh - budaya dia dan kita berbeza (sebab dia bukan orang johor (selatan malaysia) sedangkan kita orang perlis (utara malaysia)) - saya akan bawak kekasih tu jumpa emak saya dan minta dia menilai sendiri.
4) Tapi kalau emak memang sangat sangat sangat teguh hati tidak dapat menerima, sedihla hati saya. hahaha
5) Saya akan ikut kata emak saya untuk tidak berkahwin dengan kekasih tersebut.. tapi rasanya mungkin saya tak akan memikir untuk kahwin dah. Because i am a very singular lady. gituuuuuuu hahaha


Patient :
Singular Lady?


Dokte Lev :
Yep. My taste is very singular. When I love.. I love hard. Gituuuu. Hahaha. Baik mana pun kekasih kita.. kalau kerana alasan yang kukuh dari emak, kita redha untuk tidak bersama.. InshaAllah kelak akan bertemu juga dengan pasangan yang paaaaling baik buat kita dan yang paling indah.. mampu membahagiakan hati orang tua. Tapi emak ni.. tu ja la satu satu nya. Itu ja la pesanan akak ko ni Mie oiii. Hehe

p/s: Anak anak, kena selalu ingat.. suami atau isteri.. boleh bertukar ganti.. tapi emak, takkan boleh dapat kembali!!! :D



No comments: